SUCCESS class-json.php PERUTUSAN PRESIDEN PRESIDENT MESSAGE | PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

PERUTUSAN PRESIDEN PRESIDENT MESSAGE

Salam Sejahtera

Sejak Alumni PTD dibentuk pada tahun 1989, cara kami berkomunikasi dengan ahli-ahli kami ialah melalui surat, faks, panggilan telefon, mesyuarat (secara formal dan tidak rasmi), forum, serta melalui banyak lagi majlis-majlis yang telah kami adakan.

Dengan pelancaran laman web kami sendiri www.ptdalumni.org, kami kini mempunyai satu lagi cara berkomunikasi, yang seharusnya lebih cekap dan berkesan. Laman web kami masih baru dan mudah, tetapi ia boleh berkembang menjadi platform yang kuat untuk semua ahli kami menggunakan kesempatan ini. Untuk tujuan ini, kami memerlukan idea, pandangan dan cadangan anda.

Kami juga mengalu-alukan input anda ke arah perancangan program dan aktiviti Alumni PTD. Kami ingin Alumni PTD memainkan peranan yang lebih penting dalam menyumbang kepada usaha kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam. Ahli-ahli kami secara kolektif mempunyai pengetahuan yang luas, pengalaman yang tidak ternilai, pendedahan dan kemahiran yang telah teruji di sepanjang bertahun-tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, dan ramai yang telah mencapai tahap tertinggi di Kementerian, Jabatan serta Agensi Kerajaan dimana mereka berkhidmat . Oleh itu, banyak yang boleh kita sumbang dan kongsikan bersama.

Greetings

Since the PTD Alumni was formed in 1989, our means of communicating with our members had been through letters, faxes, phone calls, meetings (both formal and informal), forums, as well as the many social gatherings we had organised over the years. With the launch of our own website www.ptdalumni.org, we now have another means of communication, one that should be more technologically competent and efficient. Our website is still new and simple but it can develop to become a powerful platform for all our members to take advantage of. Towards this end, we need your ideas, comments and suggestions.

We also welcome your input towards planning future programmes and activities for the PTD Alumni. We would like the PTD Alumni to play a more significant role in contributing to the government’s efforts in improving the public service delivery system. Our members collectively have a vast knowledge, invaluable experience, extensive exposure and skills that have been developed and tested over the many years of serving in the public service, many reaching the highest levels in the Ministries, Departments and Agencies of government that they had served. There is much therefore that we can share and contribute.

Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Sallehuddin Mohamed.
Presiden  President