25 September 2019 Working Group on Strategic Directions for 12Th. Malaysia Plan
|
18 September 2019 New Members Welcome Lunch
|
27 Ogos 2019 Perkongsian Pengalaman
|
15 Ogos 2019 Working Group on Strategic Budget 2020
|
27 Julai 2019 Lawatan Keluarga Ke Kem Rimba Tamu, Batang Kali
Lawatan Alumni PTD ke Sekinchan Alumni PTD telah mengadakan lawatan ke Sekinchan pada Sabtu, 26 Oktober 2024, salah satu program di bawah Jawatankuasa Sosial. Seramai 24 peserta yang terdiri daripada ahli Alumni PTD dan ahli keluarga mereka telah menyertai lawatan ini. Seramai 16 peserta menaiki bas persiaran manakala yang lain menaikki kenderaan masing-masing.
Bas persiaran bertolak dari Rumah PTD pada jam 8.30 pagi dan sampai ke hentian pertama iaitu Kapal Terbang Sekinchan jam 10.00 pagi. Yang menaiki kenderaan masing-masing telah sampai lebih awal sedikit. Kapal terbang jenis Boeing 727 lama ini terletak di tengah kawasan sawah padi, dikelilingi oleh padi yang hijau dan segar. Ia adalah sumbangan Syarikat Cuckoo yang menjual penapis air.
Hentian seterusnya adalah Kilang Beras Rakyat Sekinchan Sdn. Bhd., tidak jauh daripada Kapal Terbang Sekinchan. Kilang pemerosesan padi ini menggunakan tayangan video untuk menunjukkan proses penanaman padi penyediaan bebih sehingga pemerosesan untuk mendapat beras, dan membandingkan cara lama dan baru. Peserta juga sempat melihat peralatan lama dan baru yang digunakan dalam penanaman padi serta alat-alat penggunaan domestic yang lama seperti radio, televisyen, mesin gosok kain dan banyak lagi. Yang minat dapat membeli jagung manis yang segar. Ramai yang dapat membeli jagung manis yang segar dan murah.
Selepas hampir satu jam di kilang beras, peserta bertolak ke Ah Ma House Sekinchan, yang kebetulan tidak jauh dari kilang beras. Peserta dapat melihat pekerja membuat kueh kapit menggunakan cara traditional, iaitu kayu api dan bukan gas. Ada juga pelbagai kueh traditional lain yang mereka jual.
Seterusnya para peserta singgah di Restoran Seafood D’bendang untuk makan tengahari. Makanan laut yang dihidangkan amat enak dan segar. Ia termasuk crab meat soup, salted egg prawns, ikan, ketam, taufu dan sayur selain dessert. Restoran ini dikelilingi oleh sawah padi. Yang minat dapat menaiki ke pelantar di tingkat dua untuk menikmati suatu pemandangan yang amat seronok. Padi yang hijau dan segar dapat dilihat dari Restoran sehingga jauh ke depan dari semua hala.
Selepas makan tengahari, beberapa peserta yang membawa kenderaan masing-masing balik ke rumah dan ada yang ada rancangan masing-masing di Sekinchan.
Yang menaiki bas persiaran melawat Nan Tian Temple (Nine Emperor Gods) sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Redang Sekinchan. Peserta dapat berjalan di tepi pantai, melihat nelayan menggunakan caranya sendiri untuk tangkap kerang dan membeli ikan kering. Ada yang tertarik dengan The Wishing Tree Pantai Redang. Hentian akhir adalah pasar ikan di sebelah jetty di Pantai Redang. Ada yang membeli ikan segar dengan harga yang berpatutan. Lawatan ini tamat jam lebih kurang 6.30 petang apabila bas persiaran sampai ke Rumah PTD.
|
Kapal Terbang Sekinchan