The PTD Alumni tries its best to plan and carry out activities that are not only in line with its stated objectives but will also serve the interests of its members. With the launch of this website, we hope that members will communicate with us more and make suggestions on the kinds of activities that they would like the Alumni to organise in future. We would really appreciate and welcome your comments and ideas.
Majlis Makan Malam Merayakan Ulang Tahun ke-21
Majlis ini dirancang diadakan pada 18 April 2010 (tarikh sebenar bergantung kepada Tetamu Terutama majlis) untuk meraikan ulang tahun ke-21 penubuhan PTD Alumni. Majlis gilang gemilang ini dijangka akan diadakan di Hotel Royale Chulan, iaitu, hotel 5-bintang terbaru di Kuala Lumpur. Persediaan untuk majlis ini telah bermula dan semua ahli PTD Alumni akan dimaklumkan butir-butir berkenaan sedikit masa lagi.
Jawatankuasa Kerja Alumni berharap bahawa semua ahli akan memberi sokongan mereka untuk menjayakan majlis tersebut.
Top
Hal-hal Kesihatan
1) Ceramah Kesihatan
Memandangkan pentingnya kesihatan yang baik kepada ahli-ahli Alumni, Jawatankuasa Kerja, melalui Jawatankuasa Sosial dan Kebajikannya, memberi perhatian berat kepada hal-hal yang berkaitan.
Antara lain, satu sesi ceramah bertajuk ‘Makan Dengan Bijak, Pelaburan Sepanjang Hayat’ telah diadakan pada 10 Jun 2009 jam 3.30 petang di Rumah PPTD. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Puan Mary Easaw-John.
Beberapa ajaran untuk mengamalkan cara hidup sihat yang dapat diperolehi daripada ceramah tersebut adalah seperti berikut:
- Kita harus faham tentang sejarah penyakit keluarga yang bolih turun kepada kita seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung;
- Kita perlu mengamal cara hidup yang sihat dengan banyak memakan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, ulam dan buah-buahan;
- Adalah baik jika kita gunakan banyak rempah ratus yang bersih dan ulam-ulam yang segar dan sumber makanan semulajadi;
- Kita perlu makan pelbagai jenis makanan yang berfiber dan tinggi khasiat nutrientnya;
- Elok sekiranya kita selalu makan dengan keluarge dan sahabat;
- Kurangkan pengambilan garam dan makanan bergula atau digoreng;
- Makan banyak kali tetapi dengan kuantiti yang sedikit;
- Cara memasak yang terbaik ialah bakar, rebus dan kukus;
- Elok berjalan sebelum makan; dan
- Kita perlu senantiasa beriadah untuk melegakan otot-otot dan sendi-sendi.
2) Perkhidmatan Perubatan Khas
Perbincangan telah diadakan dengan Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan, mengenai kemungkinan diadakan perkhidmatan perubatan khas bagi pesara-pesara Kumpulan A di Klilik Tanglin dua hari dalam seminggu. Ini bertujuan mengelakkan mereka terpaksa menunggu terlalu lama sebelum mendapat layanan. Adalah difahamkan bahawa perkara ini sekarang dalam pertimbangan pihak berkenaan.
3) Pelaksanaan Kemudahan Perubatan
Perhatian ahli-ahli adalah juga ditarik kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001 yang bertajuk Pelaksanaan Kemudahan Perubatan.
Peruntukan-peruntukan Pekeliling ini menjelaskan kemudahan-kemudahan perubatan yang disediakan kepada pengkhidmat awam serta pesara yang mungkin tidak dapat diperolehi dari hospital-hospital kerajaan. Ini penting terutamanya bagi mendapatkan ubat-ubat yang mahal harganya dan tidak dibekalkan oleh hospital-hospital kerajaan.
Top
Cadangan Lawatan PTD Alumni 2009/2010
Jawatankuasa Lawatan sedang mengaturkan program lawatan seperti berikut:
| 2009 |
Disember |
Lawatan ke Bandung, Indonesia |
| 2010 |
Mei |
Lawatan ke Uzbekistan, Kazakhstan
dan Kryzhstan |
| |
Julai |
Lawatan ke Kunming, China atau Perth,
Australia |
| |
Disember |
Lawatan ke Jordan, Syria dan Turkey |
Ahli-ahli yang berminat untuk turut serta bolihlah berhubung dengan
Dato Wira Jahaya Mat (012-6800777).
Top
Kerjasama dengan PPTD
Dengan persetujuan dan sokongan Presiden PTD Alumni dan Presiden PPTD, inisiatif telah diambil untuk mewujud dan menjalinkan hubungan dan kerjasama yang lebih rapat antara kedua-dua Persatuan.
Selaras dengan tujuan tersebut, Jawatankuasa Kerja PPTD telah menjemput ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PTD Alumni sebagai tetamu di Majlis Perpisahan YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 22 Julai 2009.
Sebagai respon, Jawatankuasa Kerja PTD Alumni pula telah mengaturkan Majlis Suai Kenal antara ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PTD Alumni dan PPTD bertemakan “Sepetang Ramah Mesra”. Majlis tersebut telah diadakan pada hari Rabu, 12 Ogos 2009, jam 8.30 malam, di Bilik Casuarina, Sime Darby Convention Centre.
Seramai tujuh orang Ahli-Ahli Jawatankuasa PPTD yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Sri Dr. Hj. Mohd Nasir bin Ashraf, Presiden PPTD, telah hadir di majlis tersebut.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Presiden PTD Alumni yang mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PPTD. Presiden telah memberi beberapa cadangan untuk bekerjasama dalam memartabatkan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik secara amnya dan khasnya memberi nasihat dan pandangan mengenai hal-hal yang melibatkan kepentingan perkhidmatan. Dengan pengalaman yang ada dikalangan ahli-ahli PTD Alumni mungkin akan dapat menyerlahkan lagi perkhidmatan yang disambungkan oleh PPTD kepada Perkhidmatan Awam.
Persefahaman yang erat dan kerjasama serta bantu-membantu di antara yang lama dan baru mungkin akan dapat meringankan bebanan kerja PPTD dan dapat menghindar daripada aduan-aduan yang kurang menyenangkan.
Ucapan balas pula disampaikan oleh Presiden PPTD dengan mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan cadangan Presiden Alumni PTD. Memang dialukan menjalinkan silaturahim yang erat daripada ahli-ahli Alumni PTD bagi merangsangkan kedudukan PPTD hari ini. Tidak dapat dinafikan kerjasama yang padu di antara kedua-dua persatuan ini akan dapat mengembangkan lagi perkhidmatan yang sedia ada ke mercu tanda yang paling tinggi.
Usaha-usaha ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan yang di jalankan oleh PPTD amat di perlukan dan hasil dari gabungan kerja ini mungkin membawa kepada pembaharuan perkhidmatan yang lebih terserlah, mantap dan jitu.
Begitulah harapan kedua-dua Presiden supaya khidmat yang diberi kepada Negara dan bangsa akan dapat mengharumkan nama Malaysia.
Majlis diakhiri dengan salam silaturahim yang menyumbang kepada kemantapan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak.
Top
Kerjasama Penyelidikan dengan INTAN
Hasil daripada perbincangan Jawatankuasa Kerja PTD Alumni dengan KSN tahun lalu, satu perjumpaan telah diadakan antara Presiden PTD Alumni dengan YBhg Dato’ Dr. Ismail Ilias, Timbalan Ketua Pengarah, JPA, dan YBhg Dato’ Dr. Muhamad Hamzah, Pengarah INTAN. Antara lain, INTAN telahy memaklumkan persetujuannya menjalankan penyelidekan bersama dengan PTD Alumni dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha-usaha memperbaikki dan memperbaharui Perkhidmatan Awam.
Selaras dengan tujuan tersebut, INTAN telah memperuntukkan dua buah bilik untuk kegunaan PTD Alumni bagi kerja-kerja penyelidikan yang berkenaan. INTAN juga bersedia menyediakan lain-lain sumber dan peralatan sekiranya diperlukan.
Top
|